Have you ever laid on your bed at night, and just cried? Cried because you’re ugly.You counted all your flaws from head to toe, to punish and feel worse about yourself. Cried because the comments people blurt out, actually hurt your feelings. Cried because your family is dysfunctional. You don’t want to be a burden, so you bottled it all up

Monday 12 December 2011

Heart Breaker = sweet Talker

Heartbreaker atau dikenali sebagai penghancur hati wanita. Penipu paling tak beretika abad ini. :)
Aku pasti ada sesetengah orang dah pernah terbaca tentang ciri ciri seorang heartbreaker. Dia bukan playboy. Tapi lebih kepada lelaki yang suka cakap benda yang manis manis sampai korang terjatuh hati dan seterusnya dalam diam korang menyimpan perasaan dekat dia padahal si heartbreaker ni tak suka korang pon. Korang je yang perasan. And last sekali, hati korang jugak yang akan hancur dalam sekelip mata.

Yeah. Mentang mentang perempuan suka dengar benda yang sweet sweet (kecuali aku). Lelaki suka suka je nak ambik kesempatan.

-_-'

Hari ni aku nak kemukakan beberapa ciri ciri yang aku rasa aku perlu kongsi dengan kamu. Kamu dan juga kamu berserta dengan tindakan yang harus korang lakukan sekiranya berdepan dengan heartbreaker.


1) Sweet talker. Yes. Ini ciri ciri yang paling ketara bagi seorang heartbreaker yang berjaya.
Aaron Ajis: Hai sweet, you nampak cantiklah hari ni. Pipi you licin sangat. Geram I. Auw.
Tijah: Melentok lentok manja apabila di puji sedemikian. Terbang ke langit dua puloh terus.
Cis. Pantang kena puji betul si Tijah ni.

Esoknya. Dalam paper Utusan Amerika.

"Tijah ditinggal Aaron Ajis dengan talak tiga belas."

Kahkahkah.

Sayang sayang sekalian.

Sila jangan terpedaya dengan sweet talker. Mereka biasanya lembut gigi dari lidah. Seringkali mengucapkan benda benda yang manis lebih dari gula kalau bercakap. Hamboi.

Tindakan yang harus di lakukan:
Aaron Ajis: Hai sweet, you nampak cantiklah hari ni. Pipi you licin sangat. Geram I. Auw.
Tijah: (Lempang Aaron) dan terus pulang ke rumah.

2) Pakar dalam melayan perempuan

Ataupun dikenali sebagai gentleman sejati. Memang terbaik lah layanan dia. First class. Sampai korang rasa dia adalah lelaki yang paling shomel dalam dunia ni. (muntah)

Misalnya:
"Abang, Tijah lapar."
Si Abang akan terus berlari keluar mencari makanan walaupun jam menunjukkan pukul 3 pagi.
"Abang, Tijah nak masuk kereta."
Si Abang akan terus bukakan pintu kereta untuk Tijah. Tijah tersenyum manja.
"Abang, Tijah nak lolipop."
Si Abang akan korbankan 20 sen untuk membeli sebiji lolipop kepada Tijah.


Tindakan yang harus di lakukan:
Terus terusan menyusahkan dia. Kalau boleh, suruh dia beli emas, berlian, permata, zamrud and segala benda yang ada dalam kedai emas seluruh Malaysia ni. Setiap bulan, bank in RM3000. Kayo Tijah. kehkeh




3) Bijak bagi alasan

Seorang heartbreaker yang berpengalaman berotak bijak macam kura kura. Pandai bagi alasan sambil buat muka sedih konon kononnya. Dengan cara sedemikian, korang pun lembut hati nak salahkan dia.

Misalnya:

Temujanji pukul 8 pagi. Korang dah tunggu dari pukul 6.00 pagi lagi. Tapi tak sampai sampai jugak teman lelaki korang.

Pukul 10 pagi baru terpacak.

Time tu dia akan buat alasan.

"Sorry sayang, abang bangun lambat. Malam tadi abang set jam. Tapi tak tahu kenapa tak bunyi. Abang sedar sedar dah pukul 9.55. Ni pun 5 minit je abang mandi. Tadi tak sempat gosok gigi." Tsk. Tsk. (menangis).

Tindakan yang harus korang lakukan:
Tolong jangan terpedaya dengan alasan sedemikian. Sila check bau mulut dia. Kot kot bau nasi lemak ke. Kalau betul betul bau air liur basi. Memang sah lah dia bangun lambat. Kalau bau ayam goreng, sila sepak kemaluan beliau. Penipu!


harharhar.

Dah tu je. Aku malas nak taip banyak banyak. Nanti korang bukannya baca. -_-



________________________________________________________________________________
p/s

Berhati hatilah dengan seorang heartbreaker. Mereka itu jahat. Bisa menghancurkan hati kamu hanya dalam masa satu saat.



TAMAT, HAHA, SAYANG HAMPA!

No comments:

Post a Comment